534
534 points

BERMULA dengan rokok sejak berusia enam tahun, seorang pelajar perempuan tidak menyangka dia boleh terjebak dalam kancah penagihan dadah.

Gadis yang enggan dikenali berusia 15 tahun itu berkata, dia mula terbabit dengan dadah jenis ganja selepas termakan ajakan rakannya selain perasaan ingin mencuba.

“Waktu itu, saya rasa kosong dalam kehidupan dan mencubanya atas dasar ingin tahu, namun lama kelamaan jadi syok dan ambil dadah hampir setiap hari.

“Duit bukan menjadi masalah, berikutan saya datang dari keluarga yang berduit. Saya cakap nak beli buku, mereka (ibu bapa) terus bagi tanpa sebarang persoalan.

“Tambahan pula, ibu dan ayah sering tiada di rumah. Jadi mereka tak syak apa-apa,” katanya.

Sejak itu, dia kemudian diperkenalkan dengan minuman keras dan mula melakukan hubungan seks pada usia 14 tahun.

“Semua kawan yang uruskan, dari ganja dan minuman keras ada yang mereka tolong belikan. Cuma kita perlu sediakan duit saja.

“Semakin saya buat, semakin saya rasa kosong. Saya rasa kegembiraan itu hanya sekejap dan tidak kekal lama,” katanya.

Katanya, dia mula berubah apabila bertemu seorang guru motivasi dalam satu sesi ceramah peperiksaan, pada tahun ini.

“Semasa sesi motivasi itu, dia (guru) ada selit tentang penyalahgunaan dadah. Kebetulan, dia ada meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi jika ada sebarang pertanyaan mengenai peperiksaan.

“Daripada situ, saya beranikan diri mesej dia sebab terkesan dengan ceramah yang disampaikan.

“Sehingga kini, ibu bapa saya tidak tahu perkara itu. Saya sudah tinggalkan perlahan-lahan, cuma hanya menghisap rokok, namun bukan dalam kuantiti yang banyak,” katanya.

Sementara itu, pelajar lelaki berusia 14 tahun mendakwa dia mula terjebak dengan dadah selepas diperkenalkan sepupu ketika pulang ke kampung sewaktu cuti sekolah tahun lalu.

Menurutnya, abang saudara membawanya ke sebuah rumah di dalam hutan di kampungnya di sebuah negeri pantai timur untuk mencuba syabu.

“Dia (abang saudara) tanya kepada saya, jika mahu mencuba batu (syabu) dan saya pun cuba kerana dia cakap seronok tanpa berfikir panjang.

“Lama kelamaan, saya terjebak dan mengikut dia hampir setiap hari ke rumah itu untuk mengambil batu,” katanya.

Katanya, dia kemudian diperkenalkan dengan seorang lelaki melalui kenalannya di kampung bagi mendapatkan dadah.

“Dari situ, saya belajar membeli batu dan juga pil kuda. Saya memperuntukkan RM30 sehari dengan menggunakan wang perbelanjaan sekolah RM6 dengan upah membantu ayah di kedai.

“Saya ‘ambil’ (menghisap dadah) di rumah kawan. Di rumah itu sudah menjadi ‘port’ saya setiap hari pada waktu malam selepas pulang dari sekolah,” kata anak sulung daripada tiga beradik itu.

Katanya, tidak lama kemudian, ibunya seolah-olah dapat menghidu aktiviti gelapnya berikutan perubahan ketara pada dirinya.

“Saya sering mengamuk tidak tentu pasal terutama apabila tidak dapat wang yang diminta. Tambahan pula, cikgu telefon ibu dan memaklumkan saya sering tidak datang ke sekolah.

“Akhirnya aktiviti saya kantoi dan mengaku mengambil dadah. Waktu itu, rotan jadi makanan saya.

“Namun, saya tidak peduli kerana tetap membelinya (syabu) dengan pelbagai cara termasuk mencuri duit ayah,” katanya.

Menurutnya, kegiatannya akhirnya berakhir apabila bapanya kemudian menghantar dia ke sebuah pusat pemulihan swasta bagi memastikannya bebas daripada najis dadah.

Katanya, pada mulanya dia mengamuk apabila dihantar ke situ, namun akhirnya mengalah.

“Saya menyesali kekhilafan lalu dan mahu meminta maaf kepada kedua ibu bapa selepas habis sesi rawatan sekurang-kurangnya enam bulan,” katanya.

Pakej harga murah parti dadah

KAMARUL

PADA usia 11 tahun mereka sepatutnya sibuk menelaah pelajaran, namun ada dalam kalangan kanak-kanak berkenaan sudah terjebak dengan najis dadah.

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta/ Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Kamarul Zaman Mamat mengenai terdapat kanak-kanak dan remaja berusia antara 11 hingga 15 tahun dijadikan ‘pelanggan’ bahan terlarang itu.

Menurutnya, pihak polis turut mengesan kegiatan tokan yang menjual dadah kepada golongan terbabit sama ada di sekitar kawasan sekolah mahupun kawasan penempatan pada harga murah.

“Sindiket pengedaran dadah sentiasa cuba memperluaskan pasaran jualan mereka dengan menyasarkan remaja sebagai pembeli dengan menawarkan harga yang murah supaya mampu dibeli.

“Kewujudan sindiket terbabit menyebabkan remaja mudah mendapatkan bekalan memandangkan mereka mampu membeli dadah menggunakan duit belanja diperoleh daripada ibu bapa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, baru-baru ini.

Kamarul berkata, pihaknya turut mendapati aktiviti penganjuran parti membabitkan dadah dalam kalangan remaja dilakukan tokan di unit kondominium atau apartmen.

“Modus operandi sindiket ini adalah menguar-uarkan penganjuran parti berkenaan melalui media sosial dengan pakej harga murah bagi membolehkan penyertaan ramai remaja.

“Malah, ada yang menawarkan harga serendah RM50 untuk menyertai parti berkenaan. Jumlah itu (RM50) mudah diperolehi oleh remaja masa kini menerusi wang belanja dibekalkan ibu bapa mereka,” katanya.

Katanya, walaupun jumlah tangkapan penagih dadah membabitkan remaja berusia 15 tahun ke bawah menurun, namun perkara itu tetap menjadi antara fokus utama pihak polis untuk dibanteras.

“Berdasarkan statistik JSJN pada 2017, seramai 803 penagih dalam lingkungan usia berkenaan ditahan, manakala pada tahun lalu, seramai 577 penagih ditahan berusia bawah 15 tahun,” katanya.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

534
534 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *