547
547 points

PEMANDU treler mengaku tidak bersalah atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah hingga mengakibatkan kematian lima individu ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, hari ini.

Mohd Zaidi Di, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya di hadapan Majistret Noorhidayah Mohd Saad.

Dia didakwa melakukan kesalahan dengan memandu treler di bawah pengaruh dadah hingga tidak berdaya mengawal kenderaan dan mengakibatkan kematian lima individu iaitu tiga wanita, seorang lelaki dan seorang bayi lelaki itu di Kilometer 255.3 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara), 11.47 pagi, Sabtu lalu.

Kelima-lima individu terbabit iaitu Yew Poh Shy, 37; Teo Wee Tat, 46; Shaw Swee Me, 42; Lee Lin Ying, 60 dan seorang bayi lelaki, Yew Yin Chin berusia setahun.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun dan didenda maksimum RM20,000.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya yang juga Pengarah Pendakwaan Perak, Azhar Mokhtar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu pihak pendakwaan memohon supaya mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah berat iaitu memandu di bawah pengaruh dadah dan mengakibatkan kematian banyak nyawa.

Azhar berkata, tertuduh juga mempunyai sebanyak 31 saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas sejak 1999 hingga 2018 dan masih memandu dengan cuai serta tidak serik melakukan kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh merayu supaya dia diberikan ikat jamin kerana perlu menjaga kedua-dua ibu bapa yang uzur selain perlu menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan empat anak.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan serahan dokumen dan lantikan peguam dibuat.

Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan memerintahkan lesen memandu tertuduh ditarik balik dan digantung serta diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding kes berkenaan selesai.

Dalam kejadian 11.45 pagi Sabtu lalu, treler membawa muatan bijih besi yang dikatakan dalam perjalanan daripada Batu Pahat, Johor, ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan sebelum menghimpit kereta Kia Forte ke pembahagi jalan konkrit di tengah laluan, sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar.

Kejadian itu mengakibatkan lima mangsa termasuk seorang bayi, yang dipercayai daripada empat keluarga berlainan ditemui dalam keadaan rentung akibat terbakar.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

547
547 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *