563
1 share, 563 points

SIBU: Kes seorang pesakit dipercayai dijangkiti virus berbahaya selepas pulang dari Afrika telah menjadi tular dan menimbulkan keadaan panik warga Sibu.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) yang dihubungi memaklumkan, pihaknya masih membuat siasatan rapi dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

Susulan itu, Hospital Sibu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kemasukan seorang pesakit semalam, yang dikhuatiri membawa virus berbahaya.

Baca: Vaksin mula diedar elak wabak maut Ebola

Sumber memberitahu, suspek baharu pulang dari sebuah negara Afrika dan secara tiba-tiba pengsan di sebuah pasar raya pada Ahad.

Bagaimanapun, penduduk di bandar Sibu dinasihatkan tidak panik memandangkan belum ada pengesahan dan kenyataan lanjut daripada Pengarah Kesihatan Negeri.

JKNS juga sedang menyiasat berhubung punca pengedaran foto melibatkan kakitangan dan ambulans, counter triage dan bilik saringan hospital yang telah mencetus panik penduduk.


Like it? Share with your friends!

563
1 share, 563 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
1
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *