516
516 points

WANITA tiba-tiba keluar dari teksi dan meluru ke arah anggota polis trafik meminta diselamatkan di Lebuhraya Damansara-Puchong berhampiran Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

Dalam kejadian 10.15 pagi itu, tindakan wanita itu mengundang tanda tanya pelbagai pihak terhadap apa yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, anggota polis trafik yang berada di lokasi kejadian kemudian menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Sungai Buloh.

“Siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai melarikan diri akibat didera. Pemeriksaan di bahagian badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam lama dan baru.

“Mangsa adalah warganegara Vietnam berusia 33 tahun dan berkahwin dengan lelaki rakyat Malaysia dia mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun dan sedang mengandung 14 minggu,” katanya ketika dihubungi di Petaling Jaya, hari ini.

Mohd Zani berkata, mangsa dipercayai menaiki teksi di kawasan Puchong tetapi tidak memberitahu pemandu teksi ke mana hendak pergi sebelum teksi itu berhenti di lampu isyarat.

“Mangsa bertindak keluar dari teksi apabila melihat kenderaan polis. Setakat ini mangsa tidak menjawab soalan pegawai penyiasat polis.

“Bantuan jurubahasa dari Kedutaan Vietnam di Kuala Lumpur akan diperolehi esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, polis juga sudah mengambil keterangan pemandu teksi berkenaan.

“Siasatan berhubung perkara sebenar kejadian masih berjalan,” katanya.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

516
516 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *