539

LELAKI disyaki melanggar Syed Muhammad Danial Syed Syakir dalam kemalangan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Southville City, Kajang, 10 Ogos lalu tiba di Kompleks Mahkamah Kajang di Kajang, pagi ini.

Lelaki berusia 40 tahun yang memakai baju-T berwarna hitam itu dibawa menggunakan trak polis dan memasuki perkarangan mahkamah jam 9 pagi.

Kira-kira 30 pengamal media yang berkumpul di mahkamah ini sejak jam 7 pagi dilihat mengejar trak polis berkenaan bagi merakamkan gambar lelaki itu.

Difahamkan, pendakwaan terhadap lelaki itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan akan dijalankan di Mahkamah Majistret 1, jam 11 pagi ini.

Terdahulu, tempoh reman lelaki itu berakhir semalam selepas disambung reman selama lima hari pada 17 Ogos lalu.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Syed Muhammad Danial, 29, meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku berpunca daripada kemalangan kecil antara Syed Muhammad Danial dengan suspek selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.

Difahamkan, kereta Syed Muhammad Danial melanggar bahagian belakang kereta suspek menyebabkan berlaku kejar-mengejar sehingga kenderaan mereka berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi.

Menurutnya, berlaku pergaduhan antara suspek sebelum mangsa yang dikatakan tidak berpuas hati keluar dari kenderaannya dengan membawa kayu besbol dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek.

Katanya, suspek yang kemudian menekan pedal minyak dalam keadaan tergesa-gesa terlanggar Syed Muhammad Danial.

Kejadian itu menyebabkan Syed Muhammad Danial tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan sebelum dikejarkan ke Nilai Medical Centre oleh orang awam.

b>Berita berkaitan

Tunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya

Tunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya

Sambung reman suspek langgar Syed Muhammad Danial [METROTV]

Sedih sangat! – Raja Permaisuri Agong

Dua adik ipar bagi keterangan

Beberapa saksi tampil beri keterangan

Air mata Qistina iringi pemergian suami

‘Kenapa perlu hingga meragut nyawa?’

Provokasi jadi punca… [METROTV]

Kenapa la tak bincang elok-elok…

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

539

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *