538
10 shares, 538 points

ISTANA Kelantan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato’ Paduka) Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang dianugerahkan kepada Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, 68, berkuat kuasa kelmarin (1 Mac).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad menerusi kenyataan media berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Mohd Annuar menerusi surat yang disampaikan pada kelmarin.

Katanya, penarikan balik darjah kebesaran itu adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad V, yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara baginda.

“Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Kelantan sudah mewartakan Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salahguna) (Pindaan) 2015 pada 27 Ogos 2015.

“Enakmen itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun bagi mana-mana orang yang menggunakan apa-apa Darjah, Tanda Kebesaran, Pingat, Lambang dan Bintang Kebesaran yang pernah dikurniakan oleh Sultan yang sudah ditarik balik oleh Baginda.

“Enakmen ini juga memberi kuasa kepada polis untuk membuat penyiasatan mengikut enakmen ini termasuk kuasa untuk memasuki premis dan menggeledah serta menyita apa-apa keterangan atau barang kes yang disyaki berkait dengan kesalahan di bawah enakmen itu,” katanya.

Mohd Annuar adalah Ahli Dewan Negara Perak turut dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak dan juga bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

538
10 shares, 538 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
1
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
3
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
2
Scary
Win Win
2
Win
WTF WTF
2
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *