515
515 points

MAKASSAR: Selesai misi mengagihkan wang dan barangan bantuan kepada mangsa bencana, sukarelawan Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) berdepan cabaran kembali ke Makassar.

Alternatif terbaik ke Makassar adalah dengan menaiki pesawat yang mengambil masa cuma sejam berbanding 24 jam atau perjalanan sejauh 1,000 kilometer jika menggunakan jalan darat.

Peserta misi bertuah apabila diberikan kebenaran menaiki penerbangan ihsan menggunakan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara dari Lapangan Terbang Sis Al Jufri, Palu untuk kembali ke Makassar, Isnin lalu.

Namun sebelum menaiki pesawat, sukarelawan bermandi peluh apabila membantu memunggah barangan bantuan seberat 15 tan selama sejam dari ruang kargo C-130.

MANGSA gempa bumi dan tsunami Palu dalam keadaan letih ketika dibawa ke Makassar dengan penerbangan ihsan Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) dari Lapangan Terbang Sis Al Jufri, Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia.

Bagi melancarkan proses itu, sukarelawan Muslim Care dan warga Indonesia lain membentuk rantaian manusia untuk memudahkan operasi pemunggahan barangan terbabit.

Sepanjang sejam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin, Makassar, kami memerhatikan raut wajah mangsa bencana yang sugul dan mungkin mereka masih memikirkan masa depan berikutan Palu lumpuh sepenuhnya akibat gempa bumi dan tsunami.

Selepas mendarat di Makassar, Ketua Misi yang juga Timbalan Presiden Muslim Care, Mohd Johari Ismail memutuskan untuk membuat pembelian tambahan barangan keperluan bagi diagihkan kepada mangsa bencana di Palu.

“Bagaimanapun, perjalanan kedua ke Palu bermula hari ini (semalam) hanya disertai dua sukarelawan iaitu saya dan wartawan Harian Metro kerana lapan yang lain terpaksa pulang atas sebab tertentu dan tuntutan tugas.

PESERTA misi, mangsa bencana dan tentera bekerjasama mengeluarkan barang bantuan yang tiba di Lapangan Terbang Sis Al Jufri, Palu daripada pesawat C-130 Hercules milik Angkatan Udara (TNI-AU).

“Atas nama kemanusiaan dan semangat mahu membantu, kami melanjutkan lagi misi bantuan sehingga Ahad ini.

“Kami membelanjakan RM50,000 untuk membeli barangan yang diagihkan kepada mangsa bencana dengan RM30,000 ketika perjalanan pertama manakala RM20,000 dibelanjakan untuk perjalanan kedua ini,” katanya.

Menurutnya, barangan seperti beras, makanan segera, air bersih dan susu bayi yang dibeli di Makassar diangkut menggunakan lori ke Palu.

“Bagi perjalanan kali ini, kami menaiki lori yang mengangkut barangan berkenaan. Kami terpaksa pulang ke Makassar untuk dapatkan bekalan barangan selain mengeluarkan wang.

“Palu lumpuh, hendak keluarkan duit di sana pun tidak boleh kerana mesin juruwang automatik tidak berfungsi,” katanya.

Mohd Johari berkata, sebagai pihak yang membawa amanah rakyat Malaysia, beliau mahu memastikan sumbangan berkenaan sampai dan memberi manfaat kepada mangsa bencana.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

515
515 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *