521
521 points

LAGU Anta Permana nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengekalkan rekod cemerlang apabila menduduki tangga teratas carta trending di iTunes sejak malam tadi.

Single yang dilancarkan pada 21 September lalu itu juga masih berada dalam kedudukan Top 10 iTunes Malaysia dengan mengetepikan lagu Ragaman (Faizal Tahir), You Are The Reason (Calum Scott), Girls Like You (Maroon 5) dan DDU-DU DDU-DU (BlackPink).

Siti, 39, atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin berkata, pencapaian diraih itu dianggap perjalanan yang menarik tahun ini selepas berehat selama setahun.

“Single ini dihasilkan untuk kemunculan semula saya selepas setahun berehat. Jadi, pemilihan lagu tidak boleh silap. Dalam masa sama, saya bersama pasukan perlu ada strategi sendiri untuk menempatkan lagu ini terutama dalam pilihan lagu radio swasta.

“Alhamdulillah, cubaan kami membuahkan hasil berdasarkan segala maklum balas diterima. Pada awalnya, ia lebih kepada ‘try and error’ sama ada apa yang dibuat ini menjadi atau tidak.

“Sejujurnya, saya berasa gembira apabila lagu ini akhirnya dimainkan di stesen radio Era yang sebelum ini susah nak main lagu saya sejak adanya lagu daripada penyanyi Budak Baru Nak Up (BBNU),” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Siti, meski lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu pada awalnya mendapat kritikan daripada segelintir pihak, Siti sebaliknya menganggap ia cita rasa masing-masing.

“Apabila jumpa orang dan membaca komen, saya dapat dua perkara berbeza. Ada pro dan kontra, ada suka dan tidak kerana setiap orang memiliki cita rasa berbeza.

“Malah, ada juga mengatakan lagu ini perlu menjadi lagu yang perlu dimainkan setiap hari. Namun, pokok pangkalnya adalah macam mana kita nak promosi lagu ini supaya ia kekal menjadi pilihan peminat di semua platform digital dan radio.

“Paling penting, saya ingin peminat faham yang mana lagu ini adalah gabungan dua elemen muzik balada dan irama Malaysia. Jadi, siapa peminat genre balada atau irama Malaysia, mereka boleh layan lagu ini,” katanya.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

521
521 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *