519

SELAIN memberi peluang pekerjaan kepada mat motor, pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal, Go-Jek atau Dego Ride turut bertujuan membantu usahawan muda.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram beliau.

“Alhamdulillah, pada hari ini (semalam) Kabinet sebulat suara meluluskan modal ekonomi Go-Jek atau Dego Ride. Kita ikhlas ingin memastikan golongan mat motor mendapat peluang pekerjaan puluhan ribu.

“Pada masa sama, kita ingin membantu mak cik dan pak cik yang mengendalikan warung sedia ada untuk menjual barang mereka melalui perkhidmatan Go-Jek.

“(Kita juga) Ingin membantu usahawan muda. Dengan wujudnya Go-Jek ini (mereka) dapat menjual barangan mereka juga dengan menggunakan perkhidmatan Go-Jek,” katanya menerusi video berkenaan, semalam.

Pada masa sama, Syed Saddiq berkata, usaha berkenaan juga bagi membantu rakyat yang menggunakan pengangkutan awam.

“Turut ingin membantu anak muda atau rakyat secara keseluruhannya mengambil pengangkutan awam tetapi perlu bantuan dari rumah ke Transit Aliran Ringan (LRT) atau Transit Aliran Massa (MRT) dengan kos rendah dan tidak perlu menghadapi kesesakan lalu lintas yang teruk.

“Insya-Allah kita akan terus berusaha keras untuk memastikan anak muda terus mendapat pembelaan yang terbaik.

“Ini adalah masa depan Malaysia kita semua,” katanya.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

519

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *