522
522 points

PENYANYI Datin Alyah belum bersedia memberikan sebarang kenyataan berhubung ‘kekecohan’ yang berlaku membabitkan dirinya dengan pengguna laman sosial di ruangan komen Instagram suaminya yang juga pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Alyah, 37, atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan ketika dihubungi Harian Metro memohon untuk diberi ruang seketika.

“Saya okey, cuma nak bersendiri. Apa-apa nanti saya hubungi semula,” katanya ringkas menerusi Whatsapp.

Terdahulu, video ucapan hari jadi yang dimuat naik Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram mengundang tanda tanya peminat menerusi beberapa komen yang ditulis Alyah.

Komen pertama, Alyah menyifatkan cara sambutan hari jadi sebegitu yang diinginkan suaminya.

“Sambutan hari jadi macam inilah yang dia nak. Kita buat baca Quran di rumah dia panas, duduk kejap je terus nak keluar main snuker,” tulisnya.

Komen itu menerima pelbagai maklum balas daripada pengikut Tok Ram. Alyah sekali lagi membalas komen mereka.

“Kau pergilah kahwin dengan dia, baru kau tahu dan kau telan balik ayat puji kau tu. Untuk pengetahuan semua ayat aku ini, aku belajar dari Tok Ram,” katanya lagi.

Menurut Alyah, tindakannya muncul di ruangan komen itu supaya suaminya baca.

“Kalau kau baik, kenapa kau tak DM. Nampak sangat kau nak orang cakap kau baik.

“Aku ‘text’ di sini supaya Ramli MS tu baca, bukan aku suruh kau menyibuk.

“Aku tak terkesan langsung dengan ‘text’ kau ni. Ingat sekali lagi kau ‘text’ nama aku, aku akan pastikan kau duk dalam jel,” katanya.

Perkara itu didakwa mula tercetus apabila Alyah memuat naik status di Instagtam Story seolah-olah menggambarkan perasaan dilalui ketika ini membabitkan hubungan dengan suaminya.

“Ya aku sedang beremosi sekarang ini. Tak payahlah nak nasihatkan aku dengan jalan hidup yang tak pernah kau lalui,” katanya.

Lebih mengejutkan, Alyah berkata berpura-pura bahagia itu memenatkan.

“Pura-pura bahagia itu penat,” tulisnya.

Sementara itu, Alyah turut memuatnaik sekeping gambar arwah bapanya dengan keterangan gambar yang menimbulkan 1001 persoalan.

“Kalau Apak (ayah) masih hidup, tentu tak akan ada orang nak main-mainkan aku,” katanya.

Alyah dan Ramli MS berkahwin Pada 18 Mac 2013 di Indonesia tetapi merahsiakan perkahwinan selama setahun lima bulan sebelum dihidu media.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

522
522 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *