515
515 points

“SUDAH lebih 10 kali rumah dinaiki air, lantai dan dinding sudah retak akibat mendapan tanah,” kata Fauziah Hassan, 53, mangsa banjir dari Kampung Lapangan Terbang, Kepala Batas, di sini.

Menurutnya, dia dan suami, Azhar Ahmad, 51, tidak berupaya membaiki rumah itu berikutan hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan sebagai tukang cat dan menjual barang antik.

“Walaupun banjir sudah surut, semalam (kelmarin), saya bimbang rumah akan dinaiki air semula berikutan keadaan cuaca yang masih mendung.

“Setiap kali banjir, saya akan pindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Al Syakirin yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah yang mana tahun lalu saja tujuh kali rumah saya dinaiki air, saya risau perkara sama berlaku tahun ini.

“Walaupun kami sekeluarga seperti menempah maut tinggal di tepi tebing sungai, akibat kekangan kewangan kami tidak mampu menyewa rumah lain,” katanya yang tinggal di situ sejak 40 tahun lalu.

Seorang lagi mangsa, Azman Che Ani, 51, berkata, dia perlu menunggu lebih dua minggu untuk meletakkan semua barang dan perabot ke lokasi asal bagi menunggu musim hujan berlalu.

Dakwanya, keadaan sungai yang semakin cetek selain tidak diselenggara dengan baik menyebabkan rumah penduduk kerap dinaiki air.

AIR laut melimpah ke kawasan jeti nelayan berikutan fenomena air pasang besar ketika tinjauan di jeti Kampung Nelayan, Telok Gong. FOTO/BERNAMA

“Rata-rata penduduk di sini terdiri daripada warga emas, ramai yang sudah menetap di sini lebih 50 tahun lalu, namun akibat hakisan dan air sungai yang semakin cetek, rumah kami kerap dinaiki sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kami cuma berharap kerajaan dapat mempercepatkan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB), selain memberi sumbangan pam penyembur air bagi memudahkan kami membersihkan rumah, cukuplah hanya satu kerana kami boleh berkongsi menggunakannya,” katanya.

Tinjauan di kampung terbabit mendapati mangsa banjir sedang membersihkan surau berkenaan setelah masing-masing dibenarkan pulang jam 10 pagi semalam.

Seramai 60 penduduk daripada 21 keluarga dipindahkan ke Surau Al Syakirin sejak Isnin lalu akibat banjir.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

515
515 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *