526
526 points

BAGI mengatasi trauma khususnya yang berlaku pada golongan anak kecil, barang mainan antara bantuan bakal dibawa dalam misi ketiga Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) untuk mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah, Indonesia.

Timbalan Presiden Muslim Care, Mohd Johari Ismail berkata, pasukan doktor yang bekerjasama dengan pihaknya menjelaskan barang permainan boleh membantu anak kecil melupakan ketakutan mereka alami susulan bencana itu.

Menurutnya, tarikh misi ketiga bantuan untuk mangsa di sini belum ditetapkan namun dijangka dalam masa terdekat.

“Dalam misi pertama, Presiden Muslim Care, Zulkifli Wahijan yang kebetulan berada di Makassar sewaktu gempa berlaku atas urusan kerja lain bertindak segera ke Palu melihat situasi dan menyalurkan maklumat keperluan mangsa bencana ke ibu pejabat kami.

“Susulannya, saya mengetuai misi kedua yang turut membabitkan 10 sukarelawan termasuk doktor dan wartawan untuk mengagihkan pelbagai barangan bantuan bernilai RM50,000 sejak 5 Oktober lalu.

“Ini termasuk tambahan bantuan susu dan lampin pakai buang untuk bayi, beras dan makanan segera seberat 1.6 tan bernilai RM20,000 yang kita bawa hari ini (semalam) dari Makassar ke Palu melalui darat kira-kira 25 jam menggunakan lori,” katanya.

IBU yang membawa anak kecil diberikan susu bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia disalurkan melalui Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) diwakili Timbalan Presidennya Mohd Johari Ismail.

Menurutnya, sepatutnya tarikh sebenar misi kedua ini tamat, kelmarin namun dilanjutkan apabila Muslim Care membuat keputusan memberikan bantuan tambahan yang dibawa ke Palu, semalam.

Mohd Johari berkata, barangan bantuan sebelum ini sudah habis diagihkan pada Isnin lalu kepada mangsa bencana.

“Palu lumpuh, hendak keluarkan duit di sana pun tidak boleh kerana mesin juruwang automatik tidak berfungsi,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu mangsa tsunami dan gempa di Palu boleh hulurkan sumbangan ke akaun Muslim Care Malaysia di Maybank 564490413882, Bank Islam 14014010147470 atau Bank Muamalat 14010007654717.

Slip sumbangan boleh SMS atau WhatsApp kepada Ustaz Rashdan di talian 017- 3333881, Ustaz Safuan (013- 4886447), Johari (016-9978-323) atau Zulkifli (019-251-8771).

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

526
526 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *