528
528 points

KOLKATA: Seorang buruh dipotong semua jarinya atas arahan mahkamah palsu di sebuah kampung di Bengla selepas dituduh sebagai bomoh yang mengamalkan sihir.

Mangsa, Fandi Sardar, 66, diserang orang ramai pada lewat Selasa di Radhakrishnapur, kira-kira 176 kilometer di utara Kolkata, kerana dituduh mengamalkan ilmu hitam, lapor Hindustan Times.

Menurut Hindustan Times, penduduk mendapatkan khidmat bomoh selepas beberapa orang sakit sejak beberapa bulan lalu, dan memaklumkan Sardar pengamal sihir.

Susulan itu, ketua kampung mengarahkan bapa beranak lima itu dihukum bunuh, sebelum memutuskan hukuman dikurangkan dengan mangsa dipotong semua jarinya.

Portal Millennium Post melaporkan sekumpulan orang pergi ke rumahnya dan mengheretnya dari situ seterusnya melaksanakan hukuman berkenaan. Ketua kampung dan mereka yang melaksanakan hukuman itu kemudian meninggalkan kampung terbabit.

Sementara itu, ketua polis daerah Superintendan Kunal Aggarwal berkata, belum ada laporan rasmi dibuat, namun pihaknya menyiasat sebaik dimaklumkan kejadian itu.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

528
528 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *