526
526 points

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mendedahkan lebih banyak jumlah dana membabitkan filem ghaib bakal terbongkar selepas laporan audit dalaman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) selesai.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, beliau akan menjelaskan lebih terperinci ketirisan dana berkenaan selepas menerima hasil laporan penuh audit dalaman agensi itu yang kini sedang dilaksanakan.

“Berkaitan penyelewengan dana membabitkan filem ghaib, saya rasa ia dalam jumlah yang lebih besar (bukan setakat RM16 juta seperti dilaporkan akhbar ini), jadi kita minta pihak tertentu termasuk akauntan dan sebagainya melakukan audit serta dan siasatan.

“Siapa yang dipanggil beri keterangan dan apa mereka sedang lakukan (perincian audit), itu saya akan jelaskan lebih terperinci selepas meneliti hasil laporan itu.

“Sekiranya kita dapati ada masalah dan perlu perhatian dibawa ke kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis, laporan kepada pihak berkaitan akan dibuat,” katanya selepas merasmikan Persidangan E-Usahawan Malaysiakini di sebuah hotel di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan dalaman mengambil masa ber ikutan membabitkan banyak perkara termasuk akaun kewangan FINAS yang perlu disemak semula.

“Ia membabitkan isu kewangan sangat serius kepada saya. Ini sangat penting kita perlu tangani masalah ini manakala kedua ialah sistem kewangan diamalkan dalam FINAS itu juga kita perlu lihat.

“Sepertimana saya sebut, saya dalam proses menstrukturkan semula FINAS. Jadi, saya akan umumkan pelantikan ahli lembaga pengarah FINAS baharu dalam beberapa hari lagi,” katanya.

Katanya, pelantikan ahli lembaga baru itu bagi memastikan FINAS sentiasa kekal relevan dan berperanan membantu memajukan industri filem tanah air.

“Industri filem sudah pun berkembang dengan pesat dalam beberapa tahun lalu, khususnya kita ada sekarang dunia digital yang membawa filem ini kepada tahap berbeza dan seluruh industri berubah.

“Itulah sebab kenapa kita ada lembaga pengarah baharu supaya mereka boleh memberi idea baharu untuk menaikkan industri filem.

“Mereka akan meneruskan proses dan kita akan semak kembali semua urusan dilakukan FINAS sebelum semua itu dimasukkan dalam laporan audit,” katanya.

GOBIND melawat gerai pameran yang disediakan selepas merasmikan Persidangan E-Usahawan Malaysiakini.

Beliau turut menjelaskan, pertukaran sementara bekas Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob dan timbalannya, Datuk Azmir Saifudin Mutalib ke kementeriannya berkuat kuasa Isnin lalu adalah sebahagian daripada proses penstrukturan semula FINAS.

“Kita menukarkan Ketua Pengarah (Fauzi) kerana kita mahu membawa pasukan baharu, bukan saja setakat hendak lihat kepada apa yang berlaku tetapi memberikan saya idea bagaimana kita boleh menstruktur semula FINAS supaya kita boleh maju ke depan.

“Saya tidak menyatakan mereka terbabit sama sekali, jadi jangan kaitkan pertukaran mereka dengan hal ini (ketirisan dana),” katanya.

Harian Metro menerusi laporan eksklusif bersiri sejak 15 September lalu mendedahkan mengenai ketirisan dana FINAS berjumlah RM16 juta sejak 2013 hingga 2015.

Dana penerbitan berkenaan diberikan kepada beberapa syarikat produksi untuk menerbitkan tujuh filem dan satu animasi, namun hingga kini karya berkenaan gagal disiapkan.

Lebih mengejutkan hasil siasatan mendapati dua individu memonopoli tujuh produksi yang menerima dana itu tetapi menggunakan nama syarikat berbeza.

Pendedahan ini mendapat maklum balas positif apabila pelbagai pihak dalam industri meminta FINAS mengkaji semula dan memperbaiki penyaluran dana supaya dapat dimanfaatkan kepada semua penggiat filem secara sama rata.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

526
526 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *