513

“ALHAMDULILLAH adik bongsu yang cedera di kepala dan tangan sudah keluar wad semalam (kelmarin) selepas dirawat selama lima hari dan keadaannya semakin pulih.

“Dia juga dapat menerima pemergian orang tersayang, namun kami tidak boleh menunjukkan barangan peribadi milik abah atau ummi serta laporan akhbar mengenai kemalangan itu kerana akan mengingatkannya kepada mereka,” kata Mohamad Izzat Danial, 23, yang kehilangan ibu bapa dalam kemalangan di Kilometer 15 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, berhampiran Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 4.10 pagi itu, ayahnya, Che Azmi Che Hamzah, 48, dan ibu, Nor Hayati Mohamed, 43, yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza maut selepas terbabit kemalangan dengan van Toyota Hiace yang dipandu, Zulfaizan Muhammad, 43, yang turut maut.

Mohamad Izzat berkata, adik bongsunya, Nur Damia Sofea, 7, yang menerima 10 jahitan di kepala dibenarkan keluar wad dari Hospital Kuala Krai (HKK) selepas keadaannya semakin pulih.

Penuntut tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Angkasa berkata, adik bongsunya itu perlu berjumpa doktor selepas ini di Hospital Gua Musang bagi memastikan dia benar-benar sembuh.

“Bagaimanapun, dua adik Mohamad Faris Faisal, 15, dan Mohamad Afiz Zulhilmi, 13, masih menerima rawatan di HKK kerana kedua-duanya patah paha. Saya harap mereka sembuh dan keluar wad memandangkan saya perlu meneruskan pengajian awal September depan.

“Melihat keadaan adik yang semakin baik dan dapat menerima kejadian menimpa ibu bapa, saya bersyukur.

“Saya tidak mahu adik terus bersedih dan mahu mereka kuat semangat bagi mempercepatkan proses penyembuhan seterusnya dapat pergi ke sekolah,” katanya .

Menurutnya, mereka bernasib baik kerana ahli keluarga memberi sokongan untuk meneruskan kehidupan dan ibu saudaranya, Noorani Mohamed, 54, akan menjaga mereka.

“Selain dibantu keluarga, orang ramai yang tidak dikenali turut tampi menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai.

“Wang ini akan digunakan untuk pengajian dan persekolahan kami bagi mencapai cita-cita seperti yang diimpikan kedua ibu bapa,” katanya.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

513

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *