551
551 points

Maszlee gesa universiti awam dibuka kepada umum |

PUTRAJAYA 6 Jun – Kementerian Pendidikan menggesa semua universiti awam membuka akses masuk untuk masyarakat luar sebagaimana amalan institusi pengajian tinggi terkemuka dunia seperti Harvard, Oxford dan Cambridge.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, naib-naib canselor dan timbalan-timbalan juga dikehendaki tidak menghalang sebarang bentuk program debat, forum atau wacana yang dianjurkan mahasiswa.

“Selaras dengan hasrat menjadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka, kita tidak boleh meletakkan ‘barrier’ (penghalang) di pintu-pintu masuk contohnya beberapa universiti yang meletakkan palang-palang.

“Mulai hari ini kita mahu universiti menjadi medan untuk masyarakat menimba ilmu, bertukar idea dan dialog. Kita mahukan suasana universiti di Malaysia sama seperti di negara-negara maju,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Iftar Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11(1), di sini hari ini.

Menurut Maszlee, beliau sendiri pernah berdepan dengan sekatan sedemikian dan kini sebagai Menteri Pendidikan, dia mahu membawa suara mahasiswa dan warga akademik untuk menghentikan segala kekangan tersebut.


Like it? Share with your friends!

551
551 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *