518
518 points

SEORANG wanita warga emas berdepan detik cemas apabila mata dililit, manakala tangannya diikat dengan pita pelekat sebelum dilarikan empat individu menaiki kereta, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku jam 10.45 pagi di hentian bas hadapan Klinik Kesihatan Rawang di sini.

Difahamkan, mangsa berusia 66 tahun dipelawa seorang wanita dan seorang lelaki untuk menumpangkannya pulang ke rumah di Taman Tun Teja.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, terdapat dua lelaki lain berada di dalam kereta terbabit dan mangsa bersetuju mengikuti mereka.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke kawasan parkir sebuah restoran lalu tangan diikat, manakala matanya dililit dengan pita pelekat berwarna kuning.

“Suspek bertindak menyamun mangsa dan mengambil dua cincin emas, subang, ubat-ubatan dan wang tunai RM110 dengan anggaran nilai kerugian kira-kira RM3,000.

“Mangsa kemudian ditinggalkan di kawasan tanah perkuburan India Taman Setia sebelum dibantu orang awam yang menyedari kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, polis kini giat mengesan empat suspek termasuk seorang wanita yang melakukan kegiatan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular video di media sosial, semalam menunjukkan orang ramai membantu membuka pita pelekat pada mata dan tangan wanita warga emas terbabit.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

518
518 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *