510
510 points

PALU: Anggota penyelamat mempertingkat usaha mencari mangsa gempa bumi dan tsunami dengan harapan menemui sebanyak mayat yang mampu sebelum semua pencarian ditamatkan, hari ini.

Sehingga 5,000 mangsa gempa dengan magnitud 7.5 serta tsunami 28 September lalu itu masih belum ditemui dengan kebanyakannya dipercayai terkubur susulan pencairan tanah yang berlaku ketika bencana melanda.

Kematian rasmi sehingga Selasa lalu direkodkan 2,045 orang, kebanyakannya di Palu. Lebih 10,000 anggota penyelamat mencari mangsa di celah runtuhan terutama di tiga kawasan yang tenggelam akibat pencairan tanah.

Anggota penyelamat, Ahmad Amin, 29, yang berasal dari Balaroa berkata: “Kami tidak pasti apa yang akan berlaku selepas ini jadi kami berusaha bekerja secepat mungkin.

“Masih ramai kanak-kanak hilang, kami mahu menemui mereka secepat mungkin. Tidak kisahlah sama ada anggota keluarga saya atau tidak, asalkan kita jumpa sebanyak mana yang terdaya.”

Agensi bencana sebelum ini mengumumkan Khamis sebagai tarikh pencarian berakhir untuk mengelak penularan penyakit. Puing dan runtuhan akan dibersihkan, manakala kawasan yang tertimbus akan dijadikan taman, lokasi riadah serta tugu peringatan.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

510
510 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *