510
510 points

MEMILIKI bulu lebat di badan dan wajah tetap tidak menghalang Nurul Afida Batrisya Razi yang berusia 10 tahun aktif dalam sukan dan kokurikulum di sekolah.

Menyambut hari lahirnya semalam, Nurul Afida Batrisya Razi, 10, yang digelar budak berbulu berikutan seluruh badannya dipenuhi bulu terutama pada wajah hingga memperlihatkan dia seperti berjambang.

Keadaan fizikalnya itu pernah membuatnya malu dan sering menangis, tetapi Nurul Afida yang kini di tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kemudi lebih dikenali sebagai seorang yang peramah dan aktif di sekolah.

Nurul Afida ketika ditemui berkata, dia suka menari dan mendengar lagu hindustan, malah teruja kerana sentiasa menjadi ketua persembahan di sekolah.

“Saya sering mewakili sekolah dalam sukan lumba lari selain mengetuai persembahan tarian setiap kali ada acara di sekolah,” katanya ketika ditemui di SK Sri Kemudi, semalam.

Nurul Afida yang mengikuti persekolahan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) berkata, guru sentiasa memberi peluang dia mengikuti aktiviti seperti murid lain seperti perkhemahan, lawatan sekolah dan pertandingan sukan.

Kisah Nurul Afida yang dilahirkan dengan keadaan berbulu pernah disiarkan akhbar ini ketika dia berusia empat tahun.

Dia anak ketiga kepada Asliza Omar, 36, dan Razi Mohd Nor, 43.

Abang dan kakak serta dua lagi adiknya, Mohd Zulkifli Hanif, 14, Nurul Aimimi Balqis, 13, Mohd Harith Zarfan, 5, dan Nurul Amani Husna, sembilan bulan dilahirkan normal.

Gurunya, Noor Karimah Mohamad berkata, daripada 47 pelajar PPKI, Nurul Afida antara pelajar yang menonjol dan bersifat kepemimpinan.

Menurutnya, anak muridnya itu juga mengetuai persembahan di sekolah kerana dia seorang yang berkeyakinan tinggi dan mudah diajar walaupun keadaan fizikalnya yang sering menarik perhatian ramai.

Sementara itu, Asliza berkata, setiap minggu dia akan menggunting bulu di wajah anaknya itu yang mesra dipanggil Ida supaya dia selesa manakala bulu di bahagian tubuh kelihatan berkurangan kerana fizikal anak ketiga daripada lima beradik itu semakin membesar.

“Tugas kami sekeluarga kini memberi semangat buat Ida untuk terus yakin dengan keadaan dirinya dan kami galakkan dia sertai apa jua bidang yang diminati supaya dia dapat menjalani kehidupan seperti manusia normal lain,” katanya.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

510
510 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *