508
508 points

PAPAR: Melihat keadaan rumah kecil seperti stor di Kampung Kelanahan sama sekali tidak menyangka rumah itu berpenghuni.

Rumah kecil berdindingkan zink itu dihuni pesara guru, Abdul Talib Matali, 66, bersama isteri serta tiga anak tiri yang masih kecil.

“Biarpun rumah ini kecil dan sempit, inilah tempat saya, isteri dan anak-anak berteduh daripada panas matahari dan hujan.

“Walaupun saya menerima pencen setiap bulan, ia tidak mencukupi untuk menanggung tiga anak tiri yang masih bersekolah.

“Tambahan pula, saya kini menghidap angin ahmar menyebabkan saya sukar berjalan. Mujurlah pihak Hospital Queen Elizabeth 2 menyumbangkan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan saya,” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Menurut Abdul Talib, dia diuruskan isterinya yang terpaksa berhenti kerja sebagai pencuci pinggan di restoran di pekan Papar demi menguruskan rumah, anak-anak dan menjaganya sepenuh masa.

“Sebulan sekali, isteri membawa saya temu janji di Hospital Papar dan Hospital Queen Elizabeth 2. Jika tiada kenderaan atau anak perempuan daripada arwah isteri pertama tidak dapat mengambil saya, isteri menyorong kerusi roda dari rumah hingga Hospital Papar, lebih setengah jam perjalanan,” katanya.

Abdul Talib berkata, walaupun kehidupannya sekeluarga sekadar cukup makan, dia tetap bersyukur.

“Kehidupan saya sekadar cukup makan saja tetapi bersyukur kerana mempunyai isteri yang menjaga makan minum selepas isteri pertama meninggal dunia akibat barah rahim pada 1999.

“Beberapa anak saya bersama arwah isteri pertama juga banyak membantu dan kadangkala melawat saya di sini.

“Selain menerima rawatan di hospital, saya berikhtiar berubat secara tradisional untuk memulihkan penyakit angin ahmar yang saya hidapi ini,” katanya

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

508
508 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *