509
509 points

TUARAN: “Ketika itu saya tak tahu apa saya buat, fikiran kusut dan tak dapat kawal diri. Cuma apa yang saya tahu, saya mahu lepaskan tekanan dan mahu mati,” kata remaja perempuan yang cuma mahu dikenali sebagai Emy, 18.

Remaja itu menceritakan pengalamannya kepada NSTP ketika cuba membunuh diri dengan menelan puluhan berpuluh biji ubat penahan sakit dan mengelar lengannya di rumah keluarganya di sebuah kampung di sini, beberapa bulan lalu.

Ketika kejadian, Emy ditemui ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai menelan empat ‘papan’ ubat penahan sakit panadol manakala lengannya luka akibat dikelar sebelum dibawa ke hospital berhampiran untuk diselamatkan.

Remaja itu yang tidak sedarkan diri selama dua hari berkata, dia tidak tahu berapa lama dia pengsan, namun hanya sedar selepas berada di hospital.

“Ubat penahan sakit itu memang ada dalam simpanan dan saya turut makan ubat tidur kerana mengalami kesukaran tidur. Saya tidak sedar ketika itu dan saya kelar lengan sendiri kerana terlalu tertekan,” katanya yang mengakui berbuat demikian kerana mengalami masalah dengan teman lelakinya ketika itu.

Emy berkata, dia tertekan kerana masalah berkenaan turut diketahui orang lain, selain tidak suka dikongkong, malah pernah dipukul oleh bekas teman lelaki.

“Mujur Tuhan masih sayangkan saya dan masih hidup sehingga kini. Saya menyesal mengambil tindakan tanpa berfikir panjang sedangkan saya masih muda lagi dan perjalanan hidup masih jauh.

“Tindakan saya itu menyebabkan keluarga terutama ibu susah hati,” katanya.

Menurutnya, kini dia sudah boleh berfikiran secara rasional dan turut mendapat kaunseling daripada hospital, selain gembira kerana keluarga sentiasa memberi sokongan.

“Saya juga sudah memutuskan hubungan dengan teman lelaki dan tidak lagi berhubung selepas kejadian itu.

“Saya mahu menyambung pengajian supaya dapat melupakan kejadian hitam itu,” katanya.

Sementara itu, ibu Emy yang berusia 45 tahun berkata, dia hampir kehilangan anak bongsunya kerana tindakan terburu-buru remaja itu.

Mengimbas kembali kejadian berkenaan, wanita itu berkata, dia pergi ke bilik anaknya untuk mengejutkannya daripada tidur, namun terkejut apabila melihat lengannya berlumuran darah serta dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya panik dan tak tahu apa perlu dibuat, namun sempat meminta bantuan jiran untuk menghantar anak ke hospital. Emy hanya cuma sedarkan diri selepas dua hari.

“Saya tidak marah dan faham keadaan emosi anak yang sedang meningkat remaja namun sentiasa menegur dengan baik sekiranya ada perkara tidak betul dilakukan.

“Saya juga pantau dengan siapa dia berkawan dan mahu dia pilih kawan yang bagus supaya perkara itu tidak berulang lagi,” katanya.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

509
509 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *