539
539 points

LEBIH dua dekad menelusuri karier seni, penyanyi dan pelakon Amy Mastura Suhaimi, 47, ‘bersih’ daripada cerita sensasi.

Sejak memulakan karier pada awal 1990-an, juara program Asia Bagus di Jepun pada 1993 ini agak kurang terpalit gosip liar.

Hingga kini, ibu dua anak ini cukup disenangi apatah lagi sikapnya yang ceria dan mudah mesra.

Berkongsi mengenai kenangan lalunya, Amy yang juga bekas pramugari berkata, dia menceburi karier seni sejak awal lagi kerana minat.

“Apa yang saya mahukan ketika itu ialah menjadi penyanyi. Jadi, saya perlu melipatgandakan usaha supaya bakat dimiliki dapat dinilai selayaknya.

“Ketika itu, program pencarian bakat nyanyian tidak banyak, jadi peluang dipilih menyertai Asia Bagus mesti digunakan dengan baik. Saya juga perlu bersaing dengan peserta dari negara Asia lain. Jadi, kenalah fokus untuk kekal bersaing,” katanya

Menurut Amy, pengalamannya bertanding dalam Asia Bagus sangat berharga.

Katanya, hingga kini hanya pengalaman saja tidak boleh dijual beli.

Bertemu jodoh dengan Alvin Tham Suffian, anak jati Perak ini bahagia dengan dua anak perempuan iaitu Adriana, 17, dan Adalia, 14.

Amy berkata, tidak ada apa lagi yang nak dikejarnya dalam karier seperti populariti kerana itu sudah pernah dinikmatinya.

“Saya masih aktif dalam karier seni sekarang hanya kerana minat. Saya begitu sayang dan menghargainya. Ditambah lagi, saya juga mendapat peluang merakamkan single. Jadi, takkan pula nak menolak rezeki.

“Untuk 2018, saya teruja muncul dengan single Warna Warni Dunia yang mengetengahkan genre baru dan saya perlu cuba,” katanya.

Menurut pelakon filem Puteri Impian ini, Warna Warni Dunia turut disuntik elemen rap yang sesuai dengan perkembangan muzik masa kini.

“Saya mengharapkan single ini diterima baik pendengar. Ia taruhan baru saya dalam karier nyanyian. Saya sedia mencuba genre baru.

“Walaupun, kebanyakan lagu saya yang terdahulu menjurus pada rancak dan ceria, ia memang kena dengan jiwa,” katanya.

Amy juga pernah tujuh album studio, empat (album kompilasi) termasuk dua album runut bunyi (OST).

Malah, dia juga ada merakamkan lima album video dan seiring perkembangan muzik masa kini, Amy tampil menghasilkan kira-kira 30 single.

Terbaru, single Warna Warni Dunia nyanyiannya adalah hasil ciptaan bersama Malique dan Dedeq manakala lirik ditulis Kmy Kmo serta B-Heart.

Sehubungan itu, antara lagu popular Amy seperti Jawapan Kasih, Meniti Hari, Kasih, Diam Diam Rindu, Suria Khatulistiwa, Nada Rindu, Sha Na Na dan Lagu Happy.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

539
539 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *