513
513 points

HAMPIR lima tahun memadu kasih dengan ahli perniagaan Reino Barrack, pelakon Indonesia Luna Maya akhirnya terpaksa akur apabila hubungan mereka tidak bertahan lama.

Siapa sangka, segala perancangan untuk membawa hubungan yang dibina ke fasa seterusnya musnah selepas pasangan romantis ini membawa haluan masing-masing beberapa bulan lalu.

Bertemu Luna, 35, pada majlis tayangan filem seram lakonannya, Sabrina di Kuala Lumpur kelmarin, Luna akur dengan takdir hidupnya.

Walaupun kembali solo, dia bersyukur dikelilingi rakan baik yang selalu menemani selain sibuk dengan aktiviti seni.

“Saya reda dan apa pun yang berlaku dalam hidup ini perlu diteruskan. Kadang-kadang kita tidak boleh dapat setiap perkara yang kita impikan.

“Saya juga tidak boleh meramal apakah yang akan berlaku esok, namun apa yang boleh saya buat adalah sentiasa mencuba sehabis baik untuk hari ini.

“Selain itu, banyakkan berdoa supaya dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Nikmatilah kehidupan hari ini dengan seadanya dan nantikan apakah cerita yang berlaku pada hari seterusnya,” katanya.

Terdahulu perpisahan mereka mula dihidu media Indonesia selepas bekas kekasih penyanyi Ariel Noah ini memuat naik foto dengan Reino.

Menerusi gambar terbabit, Luna menulis kapsyen yang mengatakan dia ingin membuat permohonan maaf kepada Reino dan hubungan mereka yang sudah berusia lima tahun itu.

LUNA Maya.

Video kembali tular

Barangkali menjadi seorang Luna Maya bukan perkara mudah.

Figura ini sering terpalit kontroversi dan kisah panas yang sentiasa menghantui dirinya.

Terbaru, namanya kembali panas berhubung isu penyebaran semula skandal video seks membabitkannya dengan Ariel.

Katanya, lebih baik dia berdiam diri daripada memberikan sebarang komen berhubung isu itu kerana enggan ia dipanjangkan lagi.

“Saya tidak mahu komen. Jika saya beri kenyataan, nanti perkara itu akan diungkit-ungkit lagi,” katanya.

Ditanya adakah dia tertekan apabila kisah lampaunya kembali menjadi bualan hangat netizen, Luna hanya menguntum senyuman dan menutup mulut.

Sementara itu, menerusi laporan sebuah portal Indonesia, Bangkapos.com, Luna menganggap apa yang berlaku dalam hidupnya adalah kisah lalu dan dia kini berusaha untuk melupakan serta menjalani apa yang ada di depannya.

“Saya sudah tidak peduli cerita lama. Saya mahu teruskan hidup. Kalau ada yang mahu membantu, alhamdulillh. Kalau tiada saya okey saja,” katanya.

Terdahulu, namanya dan Ariel yang ketika itu masih bergelar vokalis Peterpan menjadi perhatian apabila rakaman video yang dikatakan mirip mereka melakukan hubungan intim ‘bocor’ di laman maya pada 2010.

Lebih hangat apabila menyusul sebuah lagi klip serupa didakwa sebagai Ariel bersama seorang lagi pelakon dan pengacara popular, Cut Tari.

Kedua-dua video terbabit disiasat pihak berwajib hingga ketiga-tiga mereka dianggap sebagai suspek, namun hanya Ariel dibawa ke muka pengadilan dan menjalani hukuman penjara tiga setengah tahun.

LUNA Maya.

Pengalaman menyeramkan dalam Sabrina

Luna yang kini muncul dengan filem seram terbaru, Sabrina mengakui berdepan insiden menakutkan ketika melakonkan babak tertimbus dalam lubang.

Katanya, babak itu memerlukan dia menahan nafas beberapa minit selepas dikambus pasir, membuatkan dia merasai pengalaman seolah-olah sedang dikebumikan.

“Pada awalnya saya menolak apabila diminta melakonkan babak ditarik ke dalam kubur dan ditimbus pasir. Namun, selepas dipujuk saya bersedia melakukannya.

“Ia satu pengalaman baru dan selepas melakukan babak terbabit badan saya menjadi sangat letih ketika pulang ke rumah,” katanya.

Selain Luna, dua lagi teman gandingannya, Sara Wijayanto dan Christian Sugiono turut dibawa ke Kuala Lumpur sempena promosi filem yang bakal ditayangkan di negara ini bermula 18 Oktober ini.

Ditanya mengenai insiden pelik yang berlaku dalam filem terbabit, Luna berkata, terdapat seorang kru produksi dirasuk ketika penggambaran berlangsung.

“Penggambaran terpaksa dihentikan seketika apabila seorang kru produksi filem ini dirasuk. Kami semua terkejut namun semuanya berjaya diatasi,” katanya.

Siapa sangka, kejayaan filem Sabrina di Indonesia membuatkan Luna digelar sebagai ratu filem seram di sana.

Ketika ditanya soalan demikian, Luna tiada jawapan, namun menerima dengan hati terbuka.

“Saya tidak tahu nak komen mengenai gelaran yang diberikan. Namun, saya menerima gelaran itu dengan hati terbuka kerana selepas Sabrina, saya bakal tampil dengan satu lagi filem seram berjudul Suzanna,” katanya.

Let’s block ads! (Why?)

Source: Hmetro


,

Like it? Share with your friends!

513
513 points

What's Your Reaction?

Angry Angry
0
Angry
Fail Fail
0
Fail
Geeky Geeky
0
Geeky
Lol Lol
0
Lol
Love Love
0
Love
OMG OMG
0
OMG
Scary Scary
0
Scary
Win Win
0
Win
WTF WTF
0
WTF

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *